October 09, 2018 @ 10:19 AM

Ford Motor Company, bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) melancarkan versi Ford Everest yang dipertingkatkan bagi pasaran Malaysia.
Ia dilihat membawa aspek keupayaan, kecekapan dan keselamatan ke satu tahap lebih tinggi menerusi prestasi di atas jalan biasa dan jalan yang lasak, Pada masa sama dilengkapi teknologi termaju, reka bentuk mantap dan ruang kabin yang lebih selesa.
Perbezaan pada rekaan Everest yang dipertingkat hadir dengan jeriji baharu. Bagi varian Everest Titanium, ia juga dilengkapi rim aloi bersaiz 20 dengan kemasan warna lebih gelap.

Menjengah ruang kabinnya, ia didatangkan kemasan hitam supaya menyalurkan imej lebih premium. Permukaan lembut pada titik-titik sentuhan di seluruh kabin menambah baik aspek keselesaan dan kualitinya.
Bukan itu sahaja, ruang ekstra pada varian Everest Titanium boleh digunakan dengan hanya menekan satu butang. Malah, tempat duduk kuasa lapan talaan dan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat dengan mudah.

Everest baharu tidak berkompromi dari segi keselamatan. Kini ia dilengkapi dengan tujuh beg udara bagi varian Everest Trend dan Titanium sekali gus menawarkan perlindungan terbaik.
Bagi prestasinya, ia dijana enjin Bi-turbo diesel bersesaran 2.0L generasi baru yang menawarkan kuasa maksimum mencecah 213PS dengan tork mencecah 500Nm.
Pada masa sama, ia dilengkapi transmisi 10 kelajuan dengan nisbah pendek. Ia bertujuan mengurangkan jurang di antara kuasa dan pecutan bagi membolehkan usaha mendaki bukit yang curam dan licin lebih mudah.

Everest baharu meneruskan peranannya selaku SUV yang canggih dan berteknologi tinggi. Ia membabitkan sistem bantuan pemandu, tahap kelengkapan serta dinamik yang ditambah baik. Semua itu membolehkannya menjadi begitu lincah di bandar dan cukup mantap di laluan yang lasak.
Malah ia turut dilengkapi ciri baru termasuklah pintu belakang (liftgate) kuasa bebas tangan, SYNC® 3, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin yang meningkatkan kemudahan pemandu.

Ford Everest baharu turut mengekalkan teknologi bantuan pemandu yang membolehkan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan luar biasa dengan yakin membabitkan:
- Kawalan Meluncur dengan Pengehad Kelajuan Boleh Ubah
- Kluster Instrumen Multi-pintar – membolehkan pemandu melihat apakah fungsi yang sedang digunakan oleh Everest pada bila-bila masa dengan sekali imbas sahaja
- Sistem Pengurusan Laluan (Terrain Management System) – memberikan kenderaan keupayaan sewajarnya untuk menempuh apa jua laluan yang mencabar
- Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control)
- BLIS – Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System) dengan Cross-Traffic Alert
- MyKey®
Everest baharu ditawarkan empat warna yang dijual pada harga:
- Trend – RM228,888
- Titanium – RM258,888