October 19, 2016 @ 03:05 PM

Yamaha Motor Co Ltd memperkenalkan skuter baharunya, Yamaha X-Max 300 yang dicipta untuk tunggangan menyeronokkan dan praktikal bagi pasaran Eropah.
Motosikal yang bakal dipasarkan di Eropah pada Mac tahun depan itu akan dipasang di kilang PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, Indonesia. Namun Yamaha turut merancang untuk memasarkannya pada peringkat global.

Kehadirannya adalah tepat berikutan permintaan pasaran skuter kategori antara 126 sehingga 300cc mencecah 90,000 unit menerusi data Yamaha Motor pada tahun lalu.
Sebelum ini hanya Yamaha X-Max 250 ditawarkan, namun permintaan skuter bersesaran 300cc dilihat semakin meningkat kerana ia memberi prestasi lebih selesa yang mana membawa kepada pembangunan Yamaha X-Max 300 baharu itu

Yamaha X-Max 300 dipadankan enjin Core Blue dengan cecair penyejuk yang menawarkan pecutan serta mesra alam sekitar. Ia menyalurkan kuasa maksimum mencecah 27.6bhp pada 7,500rpm dan tork sehingga 28.5Nm pada 5,750rpm.
Berat jentera itu hanya 179 kilogram dengan padanan ‘fork’ depan direka untuk tunggangan sporty.
.jpg)
Penampilannya masih mewarisi generasi Yamaha Max dengan rekaan watak ‘boomerang’ yang turut menggabungkan bentuk ‘X’. Ia dilengkapi kemudahan ruang simpanan di bawah tempat duduk dengan kapasiti dua topi keledar serta didatangkan sistem kunci pintar.
Harga anggaran bagi pasaran Eropah adalah Euro 5,499 (RM25,286), selain sasaran 6,000 unit jualan dalam tempoh setahun diperkenalkan.