April 17, 2017 @ 12:10 PM

Apa yang anda lihat, ini adalah model Volkswagen Microbus yang mempunyai memiliki 23 tingkap keluaran tahun 1962.
Yang menjadi persoalannya, jentera dengan kondisi ‘besi buruk’ ini sangat berharga. Pada hari ini (Isnin jam 11 pagi waktu tempatan) jentera ini sudah bernilai USD10,500 (RM46,235) menerusi bidaan portal beli-belah dalam talian, Ebay.

Berdasarkan gambar yang dipaparkan, jentera ini penuh dengan karat pada badannya dan tidak mempunyai komponen lengkap seperti cermin tingkap.
Jentera yang berada di Danville, Virginia, Amerika Syarikat sudah pun berumur 55 tahun dan bidaan dalam tempoh tujuh hari tamat pada Khamis ini.

Kata pemiliknya dalam Ebay, jika membelinya dan melakukan baik pulih, ia boleh dijual antara USD150,000 (RM660,635) sehingga USD200,000 (RM880,849) sekali gus menjadi satu perniagaan yang sangat menguntungkan.
Bagaimanapun, proses restorasinya mungkin perlu dibuat dengan teliti kerana ia memerlukan kemahiran tenaga pakar dalam melakukannya.

Pada masa sama, Volkswagen Microbus 23 tingkap dalam kondisi baik dan sempurna turut dijual melalui Ebay dengan bidaannya sudah pun mencecah USD101,100 (RM445,079).
Sumber daripada ebay.com