April 19, 2017 @ 11:30 AM
Selepas beberapa bulan dilancarkan di United Kingdom, Toyota C-HR kini diperkenalkan dengan model edisi terhad kepada 100 unit sahaja.
Jika dilihat pada bentuk luarannya, tiada yang ada perubahan ketara cuma menggunakan warna hitam bagi bumbung, spoiler, cermin sisi dan antena.

Apa membezanya dengan model biasa adalah logo ‘Limited Edition’ pada tiang tengah yang turut menggunakan rim 18 inci.
Bahagian dalamanya pula tampak menarik dengan upholstri balutan kulit hitam yang tertera logo ‘Limited Edition’ pada papan pemuka.

Bagi sistem audio, ia sangat terbaik apabila menggunakan jenama JBL dengan sembilan pembesar suara yang dilengkapi amplifier 576 watt lapan saluran.
Edisi terhad itu menggunakan model spesifikasi tertinggi Toyota C-HR yang menawarkan pemanduan yang selesa dan lancar dengan menggunakan enjin 1.8 liter petrol-elektrik hibrid.
Harganya pula ditawarkan pada £29,995 (RM169,580).