May 27, 2018 @ 12:31 PM

Firma lelongan RM Sotheby's mengetengah sebuah jentera Ruf CTR3 Clubsport di Monaco pada12 Mei lalu.
Model yang sering dilihat itu dikatakan boleh meraih harga jualan sekitar 900,000 Euro (anggaran RM4.27 juta).

Model sama pernah dipertontonkan di Pameran Motor Geneva 2018 iaitu di ruang pempamer Ruf sendiri.
Supercar itu dibina oleh firma RUF dan Multimatic. Sekadar makluman, Ford GT terbaharu adalah binaan Multimatic.

Ruf CTR3 Clubsport adalah lebih panjang 27.9 sentimeter berbanding model standard Porsche 911.
Ia dilengkapi enjin 3.8-liter dwiturbo dan kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar yang meledakkan kuasa 766hp. Ruf juga menawarkan kotak gear manual enam kelajuan.

Kelajuan maksimumnya didakwa adalah 380 kilometer sejam. Rekaan CTR3 masih menampakkan warisan Porsche khasnya model 997.
Menurut RM Sotheby's, Ruf membina kurang daripada 30 unit CTR dan tujuh daripadanya ialah spesifikasi Clubsport.
Sumber: RM Sotheby's