February 04, 2019 @ 10:08 AM

Prior Design, sebuah syarikat talaan Jerman, kini mengetengahkan satu kit badan bersaiz lebar untuk model baharu Toyota Supra.
Kit berkenaan bagaimanapun masih di peringkat awal dan syarikat itu dikatakan belum mendedahkan butiran mengenainya termasuk harga yang bakal dikenakan.
Binaan kit itu menyaksikan pengembangan saiz dapra dengan tambahan beberapa inci sekali gus melebarkan badan jentera.

Bahagian atas hud pula ada satu bolong saluran udara ke dalam enjin enam silinder yang mengandungi kromosom daripada BMW.
Di bawah bampar baru, ada sebuah splitter bersaiz besar ditambah bagi melengkapkan imej menarik pada bahagian depan.
Reka bentuk bahagian belakang pula membantu meningkatkan keupayaan downforce Supra supaya lebih stabil ketika pemanduan.