April 09, 2018 @ 01:47 PM

Sebelum ini, Morgan Motor Company ada memperkenalkan model edisi khas versi perlumbaab Aero 8 iaitu Aero GT di Pameran Motor Geneva 2018.
Kini, kereta pertama yang ditempah pelanggan nampaknya sudah siap. Menurut laporan, hanya lapan unit Aero GT akan dibina di kilang syarikat berkenaan Pickersleigh Road.

Aero GT menggunakan enjin BMW N62 V8 berkapasiti 4,799cc yang mampu menjana kuasa 367bhp serta tork setinggi 490Nm dan inilah model Morgan terakhir menggunakan enjin aspirasi biasa V8.
Aero GT sebenarnya menandakan tamatnya produksi Aero 8. Kelapan-lapan unit yang bakal dihasilkan adalah tempahan khas atau kustom ikut selera pelanggan.

Jentera itu mampu memecut dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 4.5 saat. Kelajuan maksimum ialah 274km/j. Ia menggunakan kotak gear manual enam kelajuan BMW.
Model pertama kereta berwajah klasik itu diwarnakan Miami Blue dengan ruang dalaman bertona hitam.