May 24, 2018 @ 01:23 PM

Sebuah jentera F1 yang pernah memenangi perlumbaan Kejuaraan Monaco Grand Prix pada tahun 1993 dijual dengan harga lebih €4.1 juta (kira-kira RM19.2 juta) pada awal Mei lalu.
Beberapa portal mendakwa individu yang membeli jentera itu ialah Bernie Ecclestone, bekas bos Formula Satu (F1).

Bagaimanapun, Ecclestone dikatakan menafikannya. Umum diketahui, taikun itu mempunyai sejumlah jentera bersejarah F1 dalam koleksinya.
Jentera itu dipandu oleh pelumba Brazil, Ayrton Senna di mana beliau memenangi perlumbaan Monaco Grand Prix 1993 dan dua lagi kejuaraan dengan jentera itu.

Kereta MP4/8 itu berwarna merah putih dilelong oleh firma Bonhams di Monaco. Ia masih boleh dipandu dan dilengkapi enjin asal Ford V8 dan kotak gear sama.
Bagaimanapun, jentera itu tidak memecahkan rekod jualan kereta model F1 sedia ada iaitu Ferrari F1 Michael Schumacher 2001 dengan harga AS$7.5 juta oleh RM Sotheby's di New York, tahun lalu. Klik artikel di bawah:
>>Ferrari F1 Schumacher dilelong RM31 juta.

Sumber: Bonhams