February 08, 2019 @ 10:42 AM

Dari depan ia nampak macam Mercedes- Benz sedan standard. Bagaimanapun, apabila beralih kebelakang, ia ada sifat sebuah pikap.
Apa yang dilihat ini benar-benar wujud. Projek itu membabitkan Mercedes-Benz E-Class wagon baharu keluaran tahun 2000 yang dilakukan oleh pihak pengedar Mercedes-Benz di Atlanta.

Baca juga artikel berkaitan:
>> Kisah kayu dalam Mercedes-Benz 250CE
Mereka menyerahkan kereta itu kepada firma Binz untuk proses pengubahsuaian. Kerja-kerja itu dilakukan di Jerman sebelum ia dibawa ke Amerika Syarikat.
Jarak roda asal dianjak sebanyak 29 inci. Lampu belakang dan cermin belakang wagon ini kemudiannya dipindahkan untuk disatukan pada di belakang kerusi penumpang barisan kedua

Baca juga artikel berkaitan:
>> Exy Monster X Concept-Jentera luar biasa ciptaan Carlex Design
Ruang wagon di belakang dibina semula menggunakan pelbagai jenis material untuk menempatkan ‘katil’. Rim 18 inci yang digunakan datangnya daripada model AMG.
Jentera kacukan berkenaan menggunakan enjin jenis 3.2 liter dengan kotak gear lima kelajuan automatik yang boleh menjana kuasa 221hp. Enjin berkenaan masih standard dan tidak diberikan tambahan kuasa.

Setakat ini, Mercedes-Benz pikap E Classs berkenaan sudah dipandu sejauh 21,000 batu (anggaran 33,796 kilometer).
Kos untuk modifikasi badan sahaja sudah mencecah hampir AS$50,000 pada tahun 2000. Kereta ini kini dijual menerusi proses bidaan di laman bringatrailer.com.
