April 03, 2018 @ 04:28 PM

Selepas pengenalan secara global di Pameran Motor Tokyo pada tahun lalu, Kawasaki Ninja 400 akhirnya diperkenalkan buat pasaran India baru-baru ini.
Paling menarik dengan Ninja 400 selepas ia hadir dengan reka bentuk tajam, jentera yang ringan serta memiliki prestasi lebih baik.
Semua ciri-ciri itu memberi kelebihan penunggang apabila ia mudah dikendalikan serta menawarkan tunggangan yang menyeronokkan.
Bagi penampilannya, ia boleh dikatakan meminjam imej Ninja H2 dengan lampu hadapan yang dibahagi kepada dua dan spoiler pada bahagian sisi hadapan.
Lampu belakang LED pula inspirasi dari Ninja ZX-10R 2016 yang kelihatan sedikit tajam dengan padanan meter kelajuan seakan-akan rekaan Ninja 650.

Berhubung rangkaian kuasanya, Ninja 400 hadir dengan enjin dan casis baharu yang mana ia bersaing rapat dengan KTM RC 390.
Enjin dua silinder DOHC dengan lapan injap berkapasiti 399cc mampu menyalurkan kuasa maksimum sehingga 45PS pada 10,000rpm dengan tork mencecah 38Nm pada 8,000rpm.
Dimensi bentuknya pula hampir sama dengan Ninja 250 apabila ketinggian tempat duduk mencecah 785mm serta tangki bahan api memiliki kapasiti 14 liter.
Bagi pasaran India, Ninja 400 akan dipasang di kilang Kawasaki di Chakan, Pune yang mana ia dijual pada Rs 469,000 (RM27,881).