February 10, 2017 @ 09:55 AM
BMW menjadi pengeluar automotif pertama di dunia yang berjaya mencatat rekod 10 juta pengikut dalam akaun sosial, Instagram rasminya baru-baru ini.
Catatan angka memberangsangkan itu membuktikan komitmen BMW untuk berhubung dengan jutaan peminat automotif dari serata dunia.
Bagi BMW dalam aspek pemasaran, Instagram dilihat lebih daripada sebuah saluran komunikasi digital era baharu.

Bagaimanapun, tindakan mencapai pengikut ramai bukan objektif BMW tetapi mahu mengunakan kelebihan itu untuk berkongsi pelbagai topik berkait dunia automotif mereka.
BMW menggunakan akaun Instagram untuk mempromosikan dan berkongsi gaya hidup, kenderaan model baru dan sejarah pembinaan kenderaan BMW dengan pengikutnya.
Di bawah hashtag #bmwrepost, BMW juga berkongsi gambar dirakam peminat dan jurugambar dalam kalangan komunitinya dari seluruh dunia. Hashtag #BMW pula sudah digunakan lebih daripada 19 juta kali.