August 01, 2017 @ 11:18 AM
Honda Civic Type R baharu sebenarnya sudah menampilkan imej yang cukup garang dan menarik.
Sekiranya mahu menambahkan aksesori pada model hatchback itu, Honda turut menawarkan komponen tambahan membabitkan konsep Modulo bagi pengguna di Jepun.

Bagaimanapun, harga yang ditawarkan bagi aksesori berkenaan mungkin sedikit mahal, tetapi jika dibandingkan dengan kualitinya ia sangat kompetitif.
Jika anda melihat jalur merah pada bahagian jeriji sehingga ke lampu utama itu, ia berharga 32,400 Yen (RM1,256).

Pada masa sama, Honda juga menawarkan spoiler belakang gentian karbon merah yang berharga 172,800 Yen (RM6,699). Penukaran aksesori itu akan membuatkan kenderaan lebih ringan sehingga satu kilogram.
Ia juga didatangkan dengan penutup cermin sisi yang ditawarkan dua warna iaitu merah dan hitam sekali gus membuatkan ia lebih menonjol yang berharga 15,200 Yen (RM589), manakala 34,020 Yen (RM1,318) bagi lampu kabus LED kuning.

Jika rasa rim asal tidak menarik. Honda turut menawarkan rim yang dijual pada 270,000 Yen (RM10,467).
Bagi dalamannya pula, banyak aksesori tambahan ditawarkan tetapi paling menarik adalah penutup gentian karbon merah bagi papan pemuka, konsul tengah dan panel pintu yang berharga 123,120 Yen (RM4,773).
