October 23, 2017 @ 07:53 AM
Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan USD9,365 (RM39,539).
Bagi peminat tegar kereta, wang sejumlah itu sudah pastinya akan digunakan untuk tujuan modifikasi.

Namun peminat pengumpul model skala pula, mereka boleh mendapatkan sesuatu yang istimewa seperti model skala enjin Bugatti Chiron ini.
Dihasilkan oleh Amalgam, syarikat yang mengkhususkan penghasilan model skala mewah.

Ia dihasilkan dengan kerjasama Bugatti yang mana enjin replika berskala 1:4 itu hadir berukuran panjang 44 sentimeter (cm) dan tinggi 22cm.
Rangkaian kuasa itu merangkumi enjin 8.0-liter W16 dengan padanan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang diperbuat daripada pewter dan keluli tahan karat.

Jika dilihat dengan lebih dekat, ia didatangkan dengan perincian yang menakjubkan seperti empat pengecas turbo dan kod bar serta label bagi setiap komponen.
Sayangnya walaupun kelihatan seakan-akan enjin sebenar, model skala ini tidak berfungsi.

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang membuatkan ia begitu mahal. Menurut Amalgam, proses pembangunan sahaja mengambil masa selama 2,500 jam (kira-kira 14 minggu) manakala
pemasangan pula memakan masa selama 220 jam.
Baca juga:
Model skala ini mengandungi 1,040 komponen, jadi tidak hairanlah ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Tempahan bagi model skala itu sudah dibuka dan penyerahan dijangka bermula pada Januari tahun depan.