February 27, 2018 @ 02:13 PM

Ducati Scrambler Hashtag adalah motosikal pertama itu dalam rangkaian Scrambler yang dijual secara eksklusif atas talian.
Model Hashtag adalah Ducati Scrambler Sixty2 yang diberi solekan kustom warna Midnight Black pada tangki minyak, madgad, bar hendal selain pelana selesa gaya Ducati Scrambler Desert Sled serta logo Scrambler berwarna jingga.

Motosikal unik itu berharga €6,990 (anggaran RM33,685) yang dijual di Itali tidak termasuk pendaftaran kenderaan dan kos-kos pemilikan lain.
Pembelian atas talian atau online adalah amat pantas. Langkah pertama, anda perlu membeli baucar €500 (anggaran RM2,410) dan berkunjung ke pengedar terdekat Ducati, menandatangani kontrak dan menjelaskan baki bayaran.
Selepas itu, bakal pemiliknya perlu bersetuju dengan tarikh kiriman motosikal bermula dari pertengahan Mac ini.

Mereka yang membelinya bakal diberikan bonus 20 peratus untuk aksesori tulen Sixty2 dan koleksi pakaian penuh Ducati Scrambler.
Bagaimanapun, motosikal itu hanya dipasarkan di Itali, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Portugal.
Sumber: Ducati