November 27, 2018 @ 10:38 AM

Seorang artis seni kontemporari berbakat United Kingdom, Paul Karslake tampil bersama satu mural di atas sebuah Mercedes-Benz CLK 500.
Mural itu memaparkan skim jentera F1 Mercedes-AMG Petronas dan juga bertemakan juara dunia lima kali F1 iaitu Lewis Hamilton.m
Baca juga >> Mercedes-AMG GT S tampak garang dengan Prior Design
Paul menghasilkan seni bergerak menggunakan kaedah teknik semburan angin dan cat itu adalah satu penghargaan kepada pelumba warga Britain berkenaan.
Mercedes-Benz CLK 500 edisi 2002 turut diubah suai dengan menggunakan kit badan lebar Sarto, sebuah spoiler belakang besar dan rim aloi Cosmis Racing.

Baca juga >> Polis Victoria pilih Mercedes-AMG E43
Kereta itu turut direndahkan dengan bantuan sistem suspensi jenama Bilstein dan menggunakan sistem ekzos kustom selain pemetaan semula ECU.
Ruang dalaman menyaksikan pengenaan tona dua warna kelabu, manakala perehat kepala berwarna hitam.

Baca juga >> Brabus beri sentuhan magik terhadap Mercedes-Benz X-Class
Ia sudah dipandu sejauh 81,000 batu dan harganya adalah antara £20,000 hingga £25,000 (anggaran RM107,515 hingga RM134,400).
Mercedes-Benz CLK 500 akan dilelong oleh firma Historics di Mercedes-Benz World di bekas Litar Brooklands di Surrey pada 24 November ini.

Kredit: historics.co.uk