March 14, 2018 @ 09:47 AM

Seorang pemilik kenderaan dengan berat hati mengiklankan jentera dua pintu beliau iaitu BMW Z3M Coupe di Britain.
Jentera yang sudah ditukar enjin asal kepada M5 5.0 liter V8 dan kotak gear manual enam kelajuan dikatakan boleh digunakan untuk perlumbaan litar.

Spesifikasi rangkaian kuasa asal adalah enjin jenis 3.2 liter enam silinder sebaris dengan kotak gear lima kelajuan.
Berdasarkan iklan di eBay, kereta jenama Jerman itu dikatakan boleh menjana kuasa sehingga 400hp.
Beberapa modifikasi lain turut dilakukan pada roadster itu termasuk padanan sistem pegagas boleh laras, brek AP pro-series, mounting enjin dan kotak gear kustom dan dua pasang tayar Michelin baru.

Kerja-kerja modifikasi itu dilakukan oleh sekumpulan mekanik perlumbaan profesional yang pernah menyertai Britcar Endurance Championship.
Jentera yang sudah dipandu sejauh 41,000 batu (65,983 kilometer) memiliki ruang dalaman disaluti material kulit dan nampaknya masih dalam keadaan baik.

Pemiliknya mendakwa kos keseluruhan transfomasi rangkaian kuasa V8 itu adalah kira-kira £39,000 (RM213,300). Kereta itu kini ditawarkan pada harga £32,500 (177,800).
Bagaimanapun sehingga kini kenderaan itu masih lagi tiada pembelinya.
Baca juga:
>>‘Besi buruk’ bernilai RM46,235.
>>Mitsubishi Evo IX MR ‘NOS’ dijual 4 kali ganda daripada harga asal.
Sumber: eBay