December 21, 2017 @ 12:19 PM

Jualan kereta dengan mata wang digital Bitcoin (BTC) kini mula menjadi trend jualan terkini. Sebelum ini, sudah ada pemilik yang mahu menjual Rolls-Royce terpakai dengan wang alam maya.
Kini, muncul satu lagi penjual yang mengiklankan jualan sebuah McLaren 720S baharu di laman Craigslist dengan harga 25 BTC.

Bertempat di Atlanta, Georgia, penjual itu menegaskan jualan itu hanya menerusi mata wang Bitcoin dan beliau tidak berminat dengan bayaran wang tunai. 25 BTC adalah kira-kira AS$420,000 (RM1.72 juta) dalam kadar pertukaran semasa.
Supercar berwarna signatur Azores Orange (oren) dipasang rim aloi 10 jejari, tempat duduk elektrik bersama pemanas, trim berprestasi dengan sistem ekzos sport.

Jentera itu menggunakan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang boleh meledakkan kuasa 710hp dan tork sekuat 770Nm. Kelajuan maksimum ialah 341km sejam.
Sumber: Craigslist