June 10, 2015 @ 11:38 PM

Gambar yang anda lihat di sini adalah gambaran awal model pikap Renault yang akan dipertontonkan buat pertama kali pada Jun 18 nanti. Ia adalah model pikap pertama bagi pengeluar ini.
Renault menggambarkan pikap ini sebagai mempunyai segala kualiti yang ada pada model Duster, tetapi dengan ruang cargo jenis ‘flatbad’ besar. Selain itu, ia mempunyai empat pintu dan tempat duduk untuk lima penumpang.

Pikap Renault ini akan dilancarkan di pameran kereta Buenos Aires, Brazil, yang merupakan salah satu pasaran pikap terbesar di dunia.
Selain pikap ini, Renault juga sudah membuat komitmen untuk menghasilkan sebuah lagi pikap, kali ini menggunakan platform Nissan Navara, dan dikatakan juga akan
serentak digunakan oleh Mercedes.